Saturday, May 23, 2009

Pemasaran Produk

Kali ini saya akan mengulas lebih lanjut mengenai pemasaran produk.Pemasaran produk adalah penting masa kini ,ini kerana walaupun produk berkualiti dihasilkan tetapi jika tidak mempunyai pemasaran produk yang sesuai dengan produk, ia boleh menyebabkan kegagalan.Ini kerana mungkin kita mengetahui produk yang kita hasilkan berkualiti tetapi pengguna atau pembeli tidak mengetahuinya.Perkara inilah menjadi keutamaan dan contoh seperti bungkusan roti.Biasanya pengguna lebih tertarik kepada bungkusan yang menarik semasa membeli walaupun mungkin kandungannya kurang berkualiti.Selain itu cara kita pamerkan harga contohnya kita meletak harga RM99.99 dari meletakkan harga rm100.Sebagai penjual kita mesti memikirkan bagaimana pembeli berfikir.Inilah perkara mesti diketahui usahawan masa kini.

No comments: